About
ASAL USUL FRENZY.FM
Mesti Gempak Punya! Motto kami di Frenzy.Fm,
Frenzy.Fm dulunya dikenali sebagai DaK-Ym.Fm, telah ditubuhkan Oleh DaKMuO dan juga FiSaU dengan rasminya pada 26 Disember 2008. Dan ketika itu, DaK-Ym.Fm berasal dari Sebuah Komuniti Forum di http://frenzyportal.tk. Kami telah berusaha bersungguh-sungguh dan beberapa DJ kami telah berjaya menarik ramai pendengar mendengarkan DaK-Ym.Fm dari semasa ke semasa.
Pihak pengurusan DaK-Ym.Fm ketika itu telah bercadang untuk menukarkan nama radio online ini kepada Frenzy.Fm dan telah disambut baik oleh semua pihak. Maka nama Frenzy.Fm mula diguna pakai pada bulan April dan Motto radio kami masih lagi sama iaitu MESTI GEMPAK PUNYA.
Dengan berlandaskan MOTTO radio kami, kami cuba sedaya upaya memberikan hiburan yang terbaik dan menggempakkan dunia cyber anda dengan DJ-DJ yang berwibawa serta lagu-lagu yang hangat. dan kini setahun Frenzy.Fm berdiri teguh, pihak Frenzy.Fm telah bersetuju untuk memberikan lebih kepuasan kepada semua pendengar dengan memberikan Kualiti Audio yang lebih menarik.
Dulunya kami menggunakan Audio Bitrate 24kbps MONO, Kini Frenzy.Fm bersiaran dengan kualiti STEREO AUDIO semestinya kualiti yang lebih baik dan menarik.
Berkapasiti maksimum 200 pendengar dalam satu-satu masa, Frenzy.Fm keudara 24jam tanpa henti dengan lagu-lagu yang hangat pada masa kini. Setakat ini radio Frenzy.Fm mendapat galakkan dan sokongan hangat dari semua pendengar dan juga rakan-rakan Sponsor Site kami yang telah banyak menyokong kami selama ini.
Harapan Frenzy.Fm adalah agar dapat semua pendengar berhibur, bergembira, bersukaria dan seronok sentiasa bersama kami dialam Cyber yang tiada batasan ini. Semoga Frenzy.Fm dapat menceriakan hari-hari anda dalam melakukan sebarang aktiviti di alam cyber. Dengan tersedianya Chat @ Frenzy.Fm diharapkan semua pendengar dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru, berkomunikasi dan mengeratkan silaturrahim.
Teruskan berhibur bersama kami di Frenzy.Fm, tentunya Radio Online Malaysia yang beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti dengan lagu-lagu yang menggempakkan telinga dan jiwa raga anda.
Wasalam,
DaKMuO